Alhamdulillah, syukur kepada Illahi. Kami masih sihat mengharungi kehidupan dengan norma baharu. Semoga kita semua tabah dan menjaga diri kita dari Covid19. Inshaallah.
Kilang memproses baja organik buatan bumiputera akan sentiasa komited untuk menghasilkan pelbagai produk berkualiti bagi memenuhi pasaran tempatan khususnya. Kebergantungan terhadap baja konvensional import dapat dikurangkan dengan adanya pilihan yang lebih ekonomi dan mesra alam.
Trend terkini di mana masyarakat lebih peka terhadap produk baja untuk tanaman yang lebih selamat menjadikan Baja Organik Mas Hitam dan Tanah Organik Sarjani menjadi pilihan. Produk ini telah berada lebih dari 10 tahun dipasaran dan telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan.
Lebih dari 20 buah anugerah dan pengiktirafan pelbagai kategori merupakan pencapaian hasil dari sokongan dan dorongan para pengguna. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan para pelanggan.
Baja Organik Mas Hitam jenis serbuk sangat sesuai digunakan untuk tanaman yang berakar serabut seperti pokok kelapa sawit dan pokok kelapa muda. Masalah tanah masam dengan PH yang tidak normal boleh diatasi dengan menggunakan baja ini. Formulasi bio teknologi organan diolah bersama mikrob baik memberi kesan yang positif kepada tanah dan pokok yang bermasalah.
Bagi tanaman yang berakar tunjang pula, petani digalakkan untuk menggali lubang sekitar pokok. Contoh pokok durian, gali 2 atau 3 lubang berdekatan namun jangan sampai terkena akar utama. Baja hendaklah ditanam dengan kadar 500g hingga 1500g didalam lubang tersebut.
Tanaman bunga, herba dan sayuran pula, baja boleh ditabur di sekitar pokok dengan kadaran 2 atau 3 sudu mengikut saiz pokok. Kelebihan baja ini pokok tidak panas walau jarak yang dekat dengan baja yang ditabur. Inshaallah pokok akan mula mengeluarkan pucuk dalam tempoh kurang 10 hari. Jangan lupa untuk siram air setiap hari.
WAZE HQ==> SARJANI (M) SDN. BHD.
WAZE JOHOR BAHRU BRANCH ===> SARJANI ENTERPRISE
No comments:
Post a Comment