Pages
- LAMAN UTAMA
- INFO SYARIKAT
- MAKLUMAT PROJEK
- ORGANISASI
- PRODUK-PRODUK 2019
- PRODUK TERNAKAN ARNAB
- PERKHIDMATAN KAMI
- AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
- PENGHANTARAN
- PETA KEDUDUKAN
- HUBUNGI KAMI
- STOKIS - STOKIS JOHOR
- STOKIS - STOKIS MELAKA
- STOKIS - STOKIS NEGERI SEMBILAN
- STOKIS - STOKIS NEGERI SELANGOR
- STOKIS NEGERI PAHANG
Friday, May 20, 2011
Projek Naiktaraf Pejabat Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Perniagaan Sarjani (M) Sdn. Bhd. semakin berkembang dengan baik. Pejabat Sarjani telah mengalami proses tranformasi seiring dengan arus perkembangan semasa yang banyak menggunakan media cetak dan eletronik sebagai medium perantaraan. Produk boleh ditempah secara "On-Line" melalui website www.lelong.com.my atau blogspot.
Kesan dari penggunaan medium eletronik ini menyebabkab permintaan semakin hari semakin meningkat terhadap pelbagai produk keluaran Syarikat Sarjani terutamanya Baja Organik Mas Hitam, e-Mas5 (Racun Organik Serangga), Bokashi Sampah (Agen penghilang bau busuk produk untuk ternakan peliharaan seperti arnab, kucing, tikus comel dan ayam) dan e-Mas (Produk Mikrob).
Permintaan yang kian meningkat terutamanya daripada syarikat nursery, pertanian, petani kecil, juga kontraktor landskap seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Terdapat juga permintaan dari Hotel, Resort dan Pusat Golf seluruh negara.
Persoalannya ialah kenapa mereka ini berminat dengan pelbagai produk dari Sarjani?
Jawapannya ialah kerana produk ini
"BERKUALITI, BERKESAN DAN BERPATUTAN" - Moto Sarjani (M) Sdn. Bhd.
"ORGANIC, COMFORTABLE AND USEFUL" - Moto Baja Mas Hitam
Faktor lain yang turut menyumbang terhadap permintaan ini adalah kerana Baja Mas Hitam ini tidak berbau seperti baja organik yang lain. Oleh itu ia amat sesuai digunakan secara komersial samada didalam atau diluar pejabat, landskap atau rumah.
Produk keluaran Sarjani akan menjalani program "Pilot Study" and "R & D" bersama Jabatan Pertanian Malaysia dan CEPP UTM sebelum dipasarkan bagi mendapatkan maklumbalas terlebih dahulu. Kebanyakan produk pertanian lain tidak melakukan proses ini terlebih dahulu. Tujuannya adalah bagi meningkatkan lagi keberkesanan produk ini terhadap tanaman pengguna.
Oleh itu, pihak Sarjani akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi cawangan Stokis bagi memenuhi permintaan para pengguna produk kami dikawasan utara. Paparan blog seterusnya akan dihidangkan dengan maklumat terkini para Stokis sedia ada yang menjual produk-produk keluaran Sarjani ini.
Pengarah Urusan Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Mohd Aliff Bin Sarjani
07-4850094 (Pejabat & Fax)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment