Wednesday, November 29, 2023

Musim Membaja Pokok Kelapa Sawit Tiba Lagi Akhir Tahun 2023

 





























































Sejarah Kelapa Sawit

Kelapa sawit (Jawiکلاڤ ساويت‏‎‎) atau kelapa bali[3] ialah sejenis pokok palma daripada keluarga Arecaceae yang ditanam untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak daripada isirong dan buahnya. Pokok kelapa sawit terdiri daripada dua spesies: kelapa sawit Afrika (nama botani: Elaeis guineensis)[3] yang berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, dan kelapa sawit Amerika (nama botani: Elaeis oleifera) yang berasal daripada Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Sumber : Wikepedia

Baja mengandungi unsur pemakanan untuk tumbuhan yang dibekalkan secara langsung bagi tumbesaran tanaman.Ia penting bagi membantu meningkatkan kesuburan tanah untuk menampung keperluan pertumbuhan tanaman dari peringkat awal sehingga penuaian hasil. Secara umum, terdapat dua jenis baja iaitu baja kimia dan baja organik.

Baja organik adalah baja yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia. Cara penghasilan baja organik adalah daripada pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan.

Penguraian bahan asli daripada sisa tanaman dan haiwan mengambil masa lebih kurang dalam julat tiga bulan sehingga lapan bulan mengikut tinggi atau rendahnya kandungan bahan yang mudah atau lambat terurai.

Pelepasan bahan humus daripada kompos adalah perlahan dan biasanya dibekalkan kepada tanaman pada musim awal penanaman supaya boleh diambil oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan. Penggunaan bio teknologi mikrob effektif juga telah terbukti secara makmal memberikan kesan yang positif terhadap pokok kelapa sawit. Masalah yang disebabkan oleh fungus dan kulat dari serangan serangga atau dalam tanah telah berjaya diatasi dengan peranan mikrob ini.


Penggunaan Baja Organik Mas Hitam telah terbukti mampu menambah hasil tanaman pokok kelapa sawit jika digunakan secara konsisten. Nutrisi lengkap dari baja akan diserap oleh pokok seterusnya mampu meningkatkan penghasilan minyak isirung buah tandan kelapa sawit. Kebiasaanya tandan pokok akan menjadi lebih padat dan berat setelah pokok menggunakannya tanpa perlu risau dengan masalah tanah dan tahap kesuburan pokok.


Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. mendapat lebih dari 18 buah anugerah dan pengiktirafan. Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya 2016, Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan dan pelbagai pengiktirafan di peringkat negeri dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Syarikat Sarjani Group turut memberikan perkhidmatan penghantaran terus ke lokasi pelanggan dengan harga yang berpatutan. Jika memenuhi minimum order, tiada bayaran akan dikenakan - tertakluk pada terma dan syarat.
Berminat menjadi pengedar produk Sarjani ??? Produk terlaris seperti Tanah Organik Premium 5 Dalam 1, Baja Organik Mas Hitam, Baja Semburan Foliar Bunga, Baja Semburan Plant Booster, Semburan Kawalan Serangga Organik, Sabut Kelapa dan Mudball.
Pertanyaan serta tempahan (Sebutharga @ Quatation) :
Pejabat Urusan Sarjani Group (Ibu Pejabat)
(Sarjani (M) Sdn. Bhd.- Sarjani Enterprise - Sarjani Agro Shop - Sarjani Fotography)
PW31 : NO20, Parit Warijo,
Sri Medan, 83400 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
No Tel : 07-4850094
No Fax : 07-4850095
email : sarjanimalaysia@gmail.com