Pages
- LAMAN UTAMA
- INFO SYARIKAT
- MAKLUMAT PROJEK
- ORGANISASI
- PRODUK-PRODUK 2019
- PRODUK TERNAKAN ARNAB
- PERKHIDMATAN KAMI
- AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
- PENGHANTARAN
- PETA KEDUDUKAN
- HUBUNGI KAMI
- STOKIS - STOKIS JOHOR
- STOKIS - STOKIS MELAKA
- STOKIS - STOKIS NEGERI SEMBILAN
- STOKIS - STOKIS NEGERI SELANGOR
- STOKIS NEGERI PAHANG
Saturday, August 27, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Monday, August 22, 2011
Projek Membekal Baja Mas Hitam Ke Sarawak
Baru-baru ini, syarikat Sarjani(M) Sdn. Bhd. telah menerima satu projek membekal Baja Mas Hitam ke Sarawak. Projek ini merupakan sebuah projek usahasama bersama Syarikat Agro & Agri Technology. Ia melibatkan penghantaran sebanyak 520 guni baja Mas Hitam yang juga memuatkan 1 kontena.
Proses pemunggahan baja ke atas kontena dilakukan oleh pekerja Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Keadaan di dalam kontena.
Proses pemunggahan EM (Effective Microorganism) ke atas kontena.
Gambar kenangan setelah selesai proses pemunggahan baja organik dan EM. En. Mohd Aliff Bin Sarjani bergambar bersama pemilik syarikat Agro & Agri Technology.
Friday, August 19, 2011
Program Lawatan Kerja Bersama Exco di Kilang Baja Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Pada 28 Julai 2011 baru-baru ini, syarikat kami telah menerima satu lawatan kerja daripada Yang Berhormat Datuk Abdul Aziz bin Kaprawi, Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani Negeri Johor diiringi oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.
Lawatan kerja ini telah dianjurkan oleh UPEN (Unit Perancang Ekonomi) Negeri Johor dan ia juga merupakan lawatan susulan daripada Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato' Abdul Ghani Bin Othman. Beliau dengan jayanya telah merasmikan Kilang Baja Organik Mas Hitam pada 18 Mac 2010 sempena lawatan kerja beliau bersama rombongannya..
Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan projek industri asas tani yang diusahakan oleh 2 orang Usahawan Siswazah Pertanian, En. Mohd Aliff Bin Sarjani dan Cik Nurhidayah Binti Sarjani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat secara dekat teknik pemprosesan baja organik Mas Hitam, juga melihat bagaimana tinja ternakan dan sisa tanaman diproses menggunakan teknologi E.M bagi mentransformasikan sisa buangan ini menjadi produk mesra alam tanpa kimia.
Oleh yang demikian, tiada lagi masalah lambakan sisa ternakan dan pertanian yang biasa dihadapi oleh penternak dan petani apabila projek ini berjalan dengan jayanya.
YB Datuk Abdul Aziz Bin Kaprawi dan rombongan dibawa melawat teknik pemprosesan baja dalam bentuk pelet.
Gambar ketika rombongan dibawa melawat ke bilik pembungkusan.
Tetamu dijamu dengan sedikit jamuan sebelum majlis bersurai.
Thursday, August 4, 2011
Lawatan Sambil Belajar dari Pelajar Jurusan Diploma Institut Pertanian Ayer Hitam
Pada 4 Ogos 2011,syarikat kami telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Institut Pertanian Ayer Hitam. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mendedahkan pelajar itu sendiri kepada situasi sebenar bidang yang diambil oleh mereka. Sebagai contoh, bidang penternakan, pertanian dan sebagainya. Lawatan ini berlangsung selama setengah hari dan banyak input yang telah diberikan kepada pelajar.
Pelajar menerima taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat, produk-produk yang dihasilkan dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Lawatan pelajar ke kilang pemprosesan Baja Organik Mas Hitam keluaran Sarjani (M) Sdn. Bhd.
Pelajar dibawa melawat ke kandang kambing milik Sarjani (M) Sdn. Bhd. Cik Nurhidayah Bt Sarjani selaku Pengurus Syarikat memberikan sedikit maklumat dan penerangan mengenai cara-cara penjagaan dan kaedah pengurusan yang dijalankan di syarikat kami.
Pelajar dibawa melihat teknik penangkapan ikan yang biasa digunakan bagi memenuhi permintaan dari pelanggan.
Sesi penyerahan cenderahati daripada pihak syarikat kepada pensyarah-pensyarah Institut Pertanian Ayer Hitam yang terlibat dengan lawatan sambil belajar ini. Cenderahati telah disampaikan oleh Pemilik Syarikat Sarjani (M) Sdn. Bhd. Tuan Haji Sarjani Bin Hj. Hassan.
Jika ada pihak yang berminat untuk mengadakan lawatan ke syarikat kami, bayaran yang dikenakan adalah RM10 hingga RM20 bagi setiap peserta bergantung kepada jenis catering yang diminta :
Yuran : RM 10.00
Jenis Penyediaan: Sarapan Pagi/ Minum Petang dan Cenderahati (produk syarikat)
Menu : - Kuih 2 ketul/ roti jala
- Mihun goreng/ Mi goreng/ Nasi goreng/ Nasi Lemak
- Air minuman
ATAU
Yuran : RM20.00
Jenis penyediaan: Makan Tengahari dan Cenderahati (produk syarikat)
Menu : - Nasi Beriyani/ Nasi Berlauk
- Buah-buahan
- Air minuman
Sebarang pertanyaan, soalan dan tempahan, anda boleh email atau hubungi kami di talian tertera seperti dibawah;
No Tel Pejabat : 07- 4850094
fax : 07-4850095
Email = sarjanimalaysia@gmail.com
Cik Nurhidayah (Pengurus) = 016 7119837
Subscribe to:
Posts (Atom)